Karnival Pendengaran Dan Pertuturan anjuran jawatankuasa teknikal audiologi dan terapi pertuturan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Persatuan Patologis Pertuturan dan Bahasa (Speak) telah diadakan di Masjid Putra, Putrajaya dengan kehadiran lebih 1000 pengunjung di sini.
Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada orang ramai mengenai kepentingan ujian audiology dan terapi pertuturan.
Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti aringan pendengaran dan pertuturan, saringan kesihatan umum, derma darah dan sesi dialog.
Selain itu, terdapat 11 korporat booth yang bekerjasama dengan KKM bagi menjayakan karnival tersebut.
Karnival ini telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan, To’ Puan Dr Safurah Jaafar.